Entry-entry aku yang sebelum ni aku takder nak luahkan perasaan amarah aku ni. Tapi kali aku terpaksa luahkan apa yang terbuku kat hati aku selama nih.. Semuanya bermula bila aku sambung belajar di sebuah universiti termukemuka di Shah Alam.
Tengah aku melepakkan diri di ruang2 yang di sediakan, dia pun datang la kat aku. Aku mana nak layan dia nih. Aku apa lagi, chow la pergi tempat lain. Tapi dia follow aku daaa. Siap bawak member lagi. Aku pon kibas2 kan tangan suruh dia pergi dan jangan ganggu aku. Manalah tau kan, mungkin kali ni dia dengar kata.
Selang 10 mini lepas dia pergi, dia datang balik kat aku. Dalam banyak2 orang, kenapa laaa mesti dia pilih aku. Serabot tau tak. Kang orang pikir aku ni ape plak kan. Damn laaa....
Ada member dia rilek jer lepak kat tangan aku. Kali aku tak kasi chance punye.. PIAAAAAP. Mampus pon.
Dari tadi aku aim nak pukoi nyamuk tu. Abis tangan kaki dahi aku dia gigit sambil meninggalkan kesan gigitan beliau itu.
Sekarang, aku nak grad pon masalah nyamuk ni tak pernah nak selesai. Serabot betol laa... Nama jer Uni nih bertaraf dunia. Nyamuk bersepah dan bebas berkeliaran.
Kepada Pihak Atasan yang tahu lepak office aircond jer, cuba2 laaa selesaikan masalah ni. Takkan nak tggu ada yg mati sebab denggi baru dok nak mengglabaha mcm sotong.
ps:- Nyamuk bahaya wooo...aku dah la kulit sensatif, lahir kat luar negara la katakan
No comments:
Post a Comment