Saturday, February 19, 2011

Typical Malaysian

Ni nak cerita sikit pasal perangai orang Malaysia yang selalu kita perasan, kita lihat atau tanpa kita sedari. Bukan niat nak mengata, tapi sebagai nasihat dan sekadar nak bagitahu, tu jer... Takkan laaa nak mat salleh yang tegur kot kot kot...

Kebanyakan orang di Malaysia ni banyak tabiat yang kurang manis wooo...ada perangai huduh, kurang asam dan ada yang tahap mcm Malaysia ni dia punya daaaa...

Masyarakat Merokok:-

Yang ni dah biasa kita tgk kan...kat mana2 jer ada spesis nih... Nak merokok aku tak nak amik kesah atau peduli sangat. Yang buat aku marah bila merokok di kawasan awam. Aku ni bukan perokok. Mana laaa tahan bau nyer. Ada tu rilek jer sembur asap kat orang sebelah. Damn laaaa mereka ini. Nak jer aku amik fire extinguisher sembur kat muka diorg. Dah laa merokok, pastu dok ketis2 merata dan buang ikut sedap nenek atuk dia jer. Kang ckp akai taraaa tau plak nak ngamuk kan...kalo dah orang Malaysia mcm tu laaa gaya nya.

Meludah Merata:-

Haaa, yang ni satu haalll... Kalo dah ada kahak hijau pekat likat kat tekak kau, apa salah g tanda dan buang kat dlm jamban. Ni duk meludah merata. Dah la ludah atas jalan, pastu muka buat dekk jerrrr...siap buat muka macho yg mntak penampar....kalo nak ludah2 pergi jadi bomoh laaaa.....shiiiihhhssss puihhhhh..

Tandas Awam:-

Ni biasa aku kene. Bukak jer pintu tandas.....yaaaaaaa..dua tiga ketul baja manusia yang tak dipam. Mcm shial laaaa.. Ada plak tuh, baja manusia tu dok lepak tepi mangkuk...adoyyy laaaa, aim pon dah xbtol... Kalo yer pon xtahan sgt, jgn sampi buang tepi mangkuk...kalo kecik xper, ni beso beb...tolak ngn air pon jalan bro...nak xnak kene tolak ngn kaki...bangkai pnya perangai!!!!!!!!

Panggung Wayang:-

Silent is easy? Naaaaahhhhhh..bagi yg mulut macam radio, mana dpt nak diam. Kalo dalam cinema tuh, berpada2 la jugak kan nak bercakap. Ni tak, cakap kuat dia mengalahkan sound cinema tuh. Adoyyyy laaaa...kalo sound kang penumbuk singgah kat muka. Nak tak nak, marah dalam hati jer laaa kan. Orang macam ni bajet bgus. Semua benda laaa dia tau..nak buat analisis psl cite tu pon, buat laaaa lps tamat cerita tuhhh...aku btol laaa dgn org mcm nih...

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita dan bagitau, tapi aku bhenti kat sini dulu...tpaksa laaa korg tggu post aku yang akan datang yer..

p/s:- Aku pon nak ubah perangai aku, xmau kentut merata dah....sorry geng hahahahahah

Wednesday, February 16, 2011

Sakit

Entry-entry aku yang sebelum ni aku takder nak luahkan perasaan amarah aku ni. Tapi kali aku terpaksa luahkan apa yang terbuku kat hati aku selama nih.. Semuanya bermula bila aku sambung belajar di sebuah universiti termukemuka di Shah Alam.

Tengah aku melepakkan diri di ruang2 yang di sediakan, dia pun datang la kat aku. Aku mana nak layan dia nih. Aku apa lagi, chow la pergi tempat lain. Tapi dia follow aku daaa. Siap bawak member lagi. Aku pon kibas2 kan tangan suruh dia pergi dan jangan ganggu aku. Manalah tau kan, mungkin kali ni dia dengar kata.

Selang 10 mini lepas dia pergi, dia datang balik kat aku. Dalam banyak2 orang, kenapa laaa mesti dia pilih aku. Serabot tau tak. Kang orang pikir aku ni ape plak kan. Damn laaa....

Ada member dia rilek jer lepak kat tangan aku. Kali aku tak kasi chance punye.. PIAAAAAP. Mampus pon.
Dari tadi aku aim nak pukoi nyamuk tu. Abis tangan kaki dahi aku dia gigit sambil meninggalkan kesan gigitan beliau itu.

Sekarang, aku nak grad pon masalah nyamuk ni tak pernah nak selesai. Serabot betol laa... Nama jer Uni nih bertaraf dunia. Nyamuk bersepah dan bebas berkeliaran.

Kepada Pihak Atasan yang tahu lepak office aircond jer, cuba2 laaa selesaikan masalah ni. Takkan nak tggu ada yg mati sebab denggi baru dok nak mengglabaha mcm sotong.

ps:- Nyamuk bahaya wooo...aku dah la kulit sensatif, lahir kat luar negara la katakan

Tuesday, February 15, 2011

Ghost Adventures





Pada korang yang belum pernah tengok cerita ini, korang sudah terlepas satu pengalaman yang sungguh menakutkan. Poyo jer kan aku sembang. Apa pun, cerita ghost adventures memang mantap habis wooo. Sekarang cerita ni dah musim ke-4 (kalo tak silap aku la). Mesti korang fikir cerita ni macam cerita2 hantu realiti yang lain. kalau korang tengok cerita seekers, program UNCLE penipu tu, hentikanlaaaah. Mengarut tu, nama pun Uncle Penipu. hahahahahah...

Cerita diorang ni simple jer. Diorang 3 orang ni akan kurungkan diri diorang dalam rumah, bangunan lama, hospital etc, dimana tempat berkenaan memang berhantu dari pukul 6 petang hingga 6 pagi. Berbekalkan latest gadget yang dapat detect hantu, roh dan bunyi, diorang cuba buktikan yang hantu itu benar2 wujud..(orang putih memang macam nih, skeptik sket..)

Kalau aku cerita banyak pon xguna, bukan seram pon kalau aku cerita kat sini. Baik korang pergi tengok cerita tu sendiri. Kat youtube banyak jer video diorang. Tengok pukul 12 tgh mlm, sorang2 pon ok gak. Confirm takut nak pergi tandas..hahahah

p/s:- Tidak sesuai kepada yang ada penyakit kencing malam lol :)

Ghost Facts (google.com)

Want to See a Ghost? You May Have Already Seen One

Of course many of us probably have seen ghosts and not even realized it. For instance, that pale teenage girl on the bench in the train station or the elderly woman trudging along the side of the road may not be a living being at all. Who actually stops to check each person they encountered?


Five Signs It May Be a Ghost 1. The figure is unusually pale. 2. You glance away for an instant, and he or she is gone. 3. The "person" is seen in an unusual place, such as on a deserted road or peering from the window of an abandoned house. 4. The "person" ignores you when you speak to it--through sometimes ghosts do interact with people. 5. The "person" is dressed in inappropriate or outdated clothing, such as a raincoat in the middle of summer or an outfit from another era.

Place Memories A place memory is a recording of a past event that has been imprinted on the environment. Images (and sometimes sounds) are inexplicably impressed upon a place and later replayed in a phenomenon that is similar to watching a loop of movie film. In some cases, the "ghosts" seen belong to people who are alive and well who have simply moved on and are unaware they've left a "movie" of themselves behind. Scientist have yet to identify all the factors necessary to create a place memory. It is believed that powerful emotional events most often cause place memories to brand the environment. Place memories are usually replayed when the conditions are right. An intense moment ona rainy July seventh night, for instance, may replay itself ona nother rainy night on a July seventh.

Ghost or Night Terror?


While experts agree that sightings by children should not be dismissed, paretns should consider all possibilities. For instance, a scream in the night may signal a night terror. A night terror is an abrupt arousal from slow-wave sleep (stage 3 or 4), most often early in the night. It is most common in young children and is frequently marked by a terrified scream. The child can appear to be awake, and may be violent, but later will unusually have no recollection of the experience. Parents who suspect their children are suffering from this sleep disorder should consult a physician, as the episodes can be harmful for kids--or adults--who unknowingly put themselves in dangerous situations.

p/s:- serammmm woo...aku copy paste jer nih...mls nak taip kn....huhuh 

Tuesday, February 8, 2011

Kuar jap

Term "kuar jap" ni selalu aku guna dengan member aku atau dengan sapa2 yang bertanyakan kepada aku - wei nak gi mane tuh..follow - haaa.. Kalau korang nak tau, soalan itu selalu di tanya kepada aku bila aku bersiap2 - pki sluar jeans, pki deodorant etc - pantang aku pakai smart sket, pasti soalan itu akan tersembul dari mulut2 member aku..

Mana diorg tak tanya..aku kalo dress up duduk rumah dah macam selebet jer gaya aku nih.. Sebab tu bila aku pakai smart macam artis semua menggalabah tanya aku nak pegi mana.. Hahahah.. Jadi untuk aku menyelesaikan masalah ini, aku telah mencipta satu jawapan yang mudah, ringkas, padat, berilmiah, mantap dan segala waktu dengannya. Jawapan dia macam yang aku ckp tadi, kuar jap.. Tp bila aku dah selesaikan satu masalah, timbul plak masalah lain lagi.. Nak tau apa masalahnya??? Lps aku bg jawapan "kuar jap", diorang bantai aku dengan persoalan baru,- pegi mana lah -

Jadi untuk aku selesaikan masalah ni, aku ciptakan jawapanya jugak - "kuar jap, kenapalah" - Amacam, bijak x? Bijak kepala dunga..lagi serabot ada laaa..lps ni kalau diorg tanya lagi aku nak gi mana, aku guna hikmat naruto menghilangkan diri...KAPISH!!

p/s : alaaaa nak ikut cakap jer trus trang.. Kan senang hahahahaha

Wednesday, February 2, 2011

Puan Seri Datin Madam Garang (Prologue)

Tengok jer nama beliau dah tau dah org nye mcm mana kan. Garang bkn main..kucing tgk, abis gugur bulu kat bdn dia hahahah..ok ok...jom kita berkenalan dgn beliau...

Beliau anak sulung dari 3 adik beradik.. adik dia sorg pmpuan, sorg laki.. Dari luaran beliau ini nmpk seperti gadis2 kebanyakan di negara kita nih..tu sblom aku kenal beliau..kalo x kenal maka x cinta...ye dak...adoyyy.. Nak dijadikan cerita la kan, aku kenal beliau ini masa study diploma dlu...lebih kurang 4 tahun yg lps (kalo salah tarikh kene marah dgn beliau huhuh).. Biasa laa kan mula2 kenal, aku berlagak macho dpn beliau ini..sbb dia kan student 2nd intake tau..so aku lagi hebat la dari beliau ini kunun nyer lahhh..

Mula2 kenal xgarang...hahahah (mampuih aku kene takek) ..mula2 sweet jer mcm gula2.. Ntah mcm mana, aku boleh jd suke kpd beliau..haa nih yg dok pelik nih...xsangka plak kan..dah hati berkenan nak buat mcm mana laaa...aku pon mula kan lah operasi mengorat beliau ini.. segala mcm kaedah dan taktik di gunakan untuk mengorat beliau ini..(aku benda2 mcm ni semangat, blaja mls).. Lps lama msg ngn dia, kiranya dah nak abis semester, aku ckp aku suka kat dia...beliau ape lg, terkentot laaa sbb terkejut.. Bila nak jmpe trus xnak..malu tp mahu...hahahaha pompuan biasa la jual mahal...aku yg ensem ni pon xkecuali..

Maka disinilah bermulanya cerita cinta antara En. Poyo bersama Puan Seri Datin Madam Garang nih.. Dan sini jgk lah bermulanya segala pahit manis masam masin tawar antara aku dan beliau...xmau cite panjang, nnt korg bosan baca..ni baru intro...jd apa kisah seterusnya, nnt aku fikir..sbb skang aku ada byk benda nak citer..

Kpd Puan Seri Datin Madam Garang dan pembaca sekalian, jgn jual cerita ini... Hak Cipta Terpelihara...

p/s - Kejap lg mesti BELIAU msg aku psl cerita ini...hahahahaha

Tuesday, February 1, 2011

Bersorak!!

Kali ni, aku nak bercerita sket pengalaman aku pergi Stadium tgk bola..maklum la kan lama jgk la dah xsinggah stadium tgk bola. Asyik lepak mamak tgk bola kat tv nun...adoyyyyy..

Aku agak teruja jgk laa nak pegi stadium..nasib baik member aku ajak, kalo x mmg xpegi la gamaknya..nak harap kan aku pergi sorang - HAREMMM - On the way ke stadium nmpk mcm xder pape jer...btol ker ada bola ni kan..xbyk pon kete..hahahah...ntah2 kene game ngn member aku sorg nih...adoyyyyy

Smpi2 stadium game dah start..aku lewat 30minit ...pergh menggeletar kaki wooo dgr org bersorak.. aku ngn member aku nih dok berlari cri port terbaik pny nak tgk bolaaaaaaa.... Yang paling aku xsangka, ramai org kot yg dtg tgk bola..aku igt dah lenyap dah peminat bola negeri kelahiran aku nih...ada lg rupanya..hahahah..

Scoreboard masih tnjuk 0-0 ...fuhh nasib baik... Tggu plak utk 2nd half, adooyyyy berdebar beb..lama xrasa mcm nih...dah tggl bbrapa saat lg wisel nak nak bunyi baru laaa diorg skor...aku ape lg...bersorak sakan laaa..walau stadium x penuh, tp sorakan penyokong mantap beb..bkn selalu mcm nih...bangga gile rase nyaaaa...hahahah

So, dari pemerhatian aku laa...bola sepak kat Malaysia nih ada peningkatan.. cara permainan pon dah makin bgus..persembahan mantap.. walaupon xsama mcm kat EPL, Spanish League dan sama waktu dgn nya...dgn corak permainan skang aku rasa peminat sanggup dtg ke stadium tgk bola..

Cuma yg xbest nya, peminat kat Malaysia nih bersorak siap dgn maki hamun...caci maki segala.. Ada tuh siap mengarahkan pmain cara nak bermain..perghh dah mcm manager aku tgk..rilek laaa...xperlu laa maki hamun tu sumer....nak tgk bola bkn mcm nih gaya nya..nak sokong biar sokong btol2...ye ke dak?? Ala kalo tgk EPL pon diorg bkn bgus sgt pon...

Anyway, skang nih bkn shj mentaliti pemain yg perlu di ubah, tp mentaliti penyokong jgk kene berubah..dah mcm berok nmpk awek cun pon ada daaaa...rilek2 sudeh...ye dak??

p/s : tp kalo dah main bola mcm haram jadah mmg layak laaa kene maki...tiket mahal tuhhh hahahaha